Kelab ini ditubuhkan dengan tujuan untuk mencapai matlamat dan menjalankan kegiatan-kegiatan seperti berikut :-
- Merapatkan perhubungan dan menambahkan persefahaman di kalangan kakitangan-kakitangan di Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia dari semua lapisan melalui penglibatan didalam kegiatan sukan.
- Mempergiatkan dan menambahkan minat kesukanan dikalangan ahli-ahli kelab.
- Menjalankan kegiatan-kegiatan dan rancangan-rancangan yang difikirkan perlu untuk mendapatkan sokongan dan kerjasama ahli-ahli, orang perseorangan, badan-badan yang berdaftar atau sebagainya dari segi kewangan dan moral, dengan syarat mendapat kelulusan daripada pihak berkenaan terlebih dahulu.
- Merapatkan perhubungan dan persefahaman dengan badan-badan sukan yang lain melalui kegiatan-kegiatan sukan dan yang berhubung dengannya
- Untuk menimbangkan bantuan kewangan kepada ahli-ahli yang mendapat kemalangan waktu bersukan.
- Kelab ini tidak akan mengeluarkan bantuan kewangan seperti yang ditakrifkan dalam bahagian (2) Akta Pertubuhan 1966.